Atlet para terima vaksin 13 April - Utusan Malaysia

Atlet para terima vaksin 13 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Barisan atlet Paralimpik yang bakal beraksi di Tokyo, Ogos ini dijadual menerima vaksin Covid-19 pertama pada 13 April ini.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, suntikan dos pertama itu melibatkan kesemua atlet yang akan beraksi di Sukan Olimpik dan Paralimpik termasuk Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta pegawai terlibat.

“Suntikan ini mungkin akan dibuat di ISN (Institut Sukan Negara) atau Klinik Kesihatan di Cheras, perkara itu akan dimaklumkan kemudian.

“Senarai atlet akan diumumkan dalam tiga atau empat hari sebelum pemberian suntikan dos pertama dengan keutamaan akan diberikan kepada mereka yang bertanding di Tokyo,” katanya selepas Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama ReGen Rehabilitation International Sdn. Bhd., hari ini.

Seramai 264 atlet dan pegawai yang akan mewakili negara ke kejohanan antarabangsa dalam misi melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Tokyo dijangka menerima suntikan vaksin COVID-19 bermula April ini.

Ia adalah kumpulan pertama daripada keseluruhan 4,000 atlet dan pegawai dalam senarai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk diberikan keutamaan sebagai penerima vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa pertama.

Sementara itu, Kolonel (B) Md. Nor Azam Ariffin dilantik sebagai Ketua Kontinjen Para ASEAN 2021 di Hanoi selepas mendapatkan persetujuan daripada Lembaha Eksekutif MPM, tahun lalu.

Md. Nor Azam sebelum ini pernah menjadi Pengarah Kejohanan Badminton Para semasa Hanoi menjadi tuan rumah penganjuran Para ASEAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya