Alexander-Arnold selamatkan Liverpool - Utusan Malaysia

Alexander-Arnold selamatkan Liverpool

TRENT Alexander-Arnold meraikan jaringannya untuk membantu Liverpool menumpaskan Aston Villa dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Jaringan waktu kecederaan Trent Alexander-Arnold menyelamatkan Liverpool daripada keciciran mata di Anfield  apabila menumpaskan Aston Villa dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.

Turun ke padang dengan dihantui kekalahan 2-7 kepada Villa dalam pertemuan terakhir mereka Oktober lalu, ‘ketakutan’ kembali membayangi Reds apabila ketinggalan 0-1 pada minit ke-43 menerusi jaringan Ollie Watkins.

Anak-anak buah Jurgen Klopp bagaimanapun menggandakan asakan sebaik saja babak kedua bersambung dan akhirnya menyamakan kedudukan menerusi Mohamed Salah pada minit ke-57.

Ketika perlawanan kelihatan akan berakhir dengan seri, rembatan Trent Alexander-Arnold memastikan Liverpool mengutip tiga mata penting, sekali gus  membolehkan mereka kembali dalam kelompok empat terbaik dengan mengutip 52 mata, berkongsi mata bersama West Ham yang masih mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

West Ham mampu merampas semula kedudukan keempat jika mengalahkan Leicester City esok, manakala Chelsea juga berpeluang mengenepikan Liverpool jika menang ke atas Crystal Palace hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya