Aidil bingung rangka strategi - Utusan Malaysia

Aidil bingung rangka strategi

AIDIL Sharin Sahak mengakui bingung untuk mengatur strategi permainan kerana tidak pasti tentang nasib dua pemainnya yang bakal berdepan hukuman Jawatankuasa Tatatertib FAM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak mengakui bingung untuk merencanakan strategi menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat sekiranya Rodney Celvin dan Fadzrul Danel Mohd. Nizam digantung perlawanan.

Kes layangan kad merah kedua-dua pemain itu ketika menentang Terengganu pada 9 April lalu akan dibicarakan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hari ini.

Sebelum ini, jawatankuasa yang dipengerusikan Datuk Baljit Singh Sidhu itu menjatuhkan hukuman penggantungan dua perlawanan terhadap Natxo Insa selain denda RM10,000 kerana menyentuh dada pengadil manakala Jack Hindle hanya diberikan amaran kerana menolak pengadil.

“Memanglah bagus jika kami dapat tahu lebih awal tentang apa yang akan berlaku terhadap dua pemain ini berbanding hanya dengan mengetahui nasib mereka pada hari perlawanan tetapi kami bersedia dengan apa juga kemungkinan.

“Kami tak tahu sama ada Rodney dan Fadzrul akan dibenarkan bermain malam esok atau tidak. Jadi kedua-duanya turut dibawa ke Melaka,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim (LTSAH), semalam.

Aidil juga enggan menjadikan ketiadaan kedua-dua pemain itu sebagai alasan untuk pasukannnya tidak beraksi cemerlang kerana percaya setiap pemain mampu beraksi cemerlang jika diberi peluang.

Dia tidak mahu pemain bersikap sambil lewa atau mengambil mudah perlawanan tersebut biarpun ada laporan mengatakan bahawa lawannya bakal kehilangan lima tonggak termasuk dua pemain import iaitu, Sony Norde dan Alex Goncalves.

“Melaka tetap ada kelebihan di mana mereka akan beraksi di laman sendiri. Biar pun tanpa kelibat pemain utama, keupayaan mereka tetap sama dan tidak harus dipandang rendah.

“Apatah lagi mereka menang dalam perlawanan menentang Perak minggu lalu. Jadi sudah tentu moral pemain Melaka kini berada di tahap yang tinggi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya