Zii Jia ke separuh akhir - Utusan Malaysia

Zii Jia ke separuh akhir

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lee Zii Jia menghampiri kejuaraan antarabangsa pertamanya tahun ini selepas melangkah ke separuh akhir perseorangan lelaki badminton Terbuka Switzerland di Basel pagi tadi.

Selepas mengharungi kempen tidak menentu sebaik saja kalendar badminton membuka tirai di Bangkok awal tahun ini, pemain No. 1 negara itu akhirnya memenuhi jangkaan selepas menyingkirkan B. Sai Praneeth dari India 21-14, 21-17.

Pemain No. 11 dunia yang juga pilihan pertama kejohanan itu kini akan menentang pilihan kelapan dari Thailand, Kunlavut Vitidsaran malam ini.

Malaysia sudah mengesahkan sekurang-kurang satu tiket final selepas beregu wanita, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean dan Pearly Tan-M. Thinaah akan berentap sesama sendiri di separuh akhir.

Mei Kuan-Meng Yean menang ke atas beregu Kanada, Rachel Honderich-Kristen Tsai 22-20, 21-16, manakala Pearly-Thinaah menundukkan Amalie Magelund-Freja Ravin dari Denmark 21-19, 21-10.

Dua lagi wakil negara, beregu lelaki utamanya, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut melayakkan diri ke separuh akhir.

Aaron-Wooi Yik yang turun sebagai pilihan pertama menewaskan pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 21-18, 9-21, 21-16.

Mereka akan menentang pasangan Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Seidel, malam ini.

Kian Meng-Pei Jin yang membuat penampilan pertama sejak keluar dari skuad kebangsaan berhempas pulas dalam aksi sengit 70 minit sebelum menyingkirkan beregu India, Satwiksairaj Rankireddi-Ashwini Ponnappa 21-17, 16-21, 21-18.

Mereka kini akan bertemu pasangan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue malam ini.

Nasib bagaimanapun tidak menyebelahi beregu lelaki profesional, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie apabila terkandas di suku akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya