United berang tak dapat penalti - Utusan Malaysia

United berang tak dapat penalti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester United dikecewakan oleh kontroversi video bantuan pengadil (VAR) ketika seri 0-0 dengan  Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge hari ini.

United yang berharap untuk merapatkan jurang dengan pendahulu, Manchester City sebaliknya ketinggalan 12 mata di belakang selepas hanya mencatat satu kemenangan dalam empat perlawanan.

Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel pula  belum tewas selepas sembilan perlawanan (semua pertandingan) sejak menggantikan Frank Lampard, tetapi keputusan seri tidak cukup untuk membantu mereka bersaing merebut tempat dalam kelompok empat teratas.

INSIDEN kontroversi yang menimbulkan rasa kurang senang United.

Dalam aksi di Stamford Bridge, rayuan United untuk mendapatkan penalti ditolak pengadil, Stuart Attwell selepas dia melihat ulang tayang insiden bola terkena tangan Callum Hudson-Odoi ketika menghalang Mason Greenwood.

“Ia adalah penalti, 100 peratus. Jika itu perkara biasa untuk tangan berada di situ ketika bola sampai, mungkin saya sudah buta,” kata pengendali United Ole Gunnar Solskjaer.

Tuchel bagaimanapun tidak bersetuju dengan pendapat Solskjaer.

“Bagaimana situasi ini boleh membabitkan VAR? Saya tidak faham mengapa pengadil perlu memeriksanya tetapi saya gembira ia bukan penalti,” kata Tuchel. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya