UiTM akhirnya raih mata pertama - Utusan Malaysia

UiTM akhirnya raih mata pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: UITM FC masih gagal mencari kemenangan dalam saingan Liga Super musim ini, namun kejayaan mengikat Pulau Pinang 0-0 hari ini membolehkan The Lions Troop pulang bersama mata pertama.

Pada babak pertama, skuad bimbingan ‘Jurgen Klopp’ Malaysia, Tomas Trucha, Pulau Pinang mengatur serangan bertali arus, namun gagal membolosi gawang lawan.

Usaha pemain barisan tengah tuan rumah,  Mohamad Al-Hafiz Harun menghasilkan jaringan sulung ternyata tidak berhasil apabila sepakannya sekadar menerjah ke tepi gawang.

Pemain import dari Brazil,  Endrick juga beberapa kali melakukan percubaan bahaya tetapi bola sekadar melewati palang pada minit ke-28 dan 40.

UiTM yang dibimbing Frank Bernhardt menunjukkan kesungguhan untuk memburu mata pertama dengan melakukan beberapa serangan balas namun ditentang hebat skuad tuan rumah.

Memasuki babak kedua, Pulau Pinang menggunakan menggandakan asakan bagi mencari gol pembukaan, namun masih tidak berjaya.

Penyerang mereka, Anselmo Arruda Da Silva banyak melepaskan peluang meledak gol apabila sepakannya hanya menjengah tepi dan palang kubu lawan.

Kedudukan terikat 0-0 sehingga wisel penamat dibunyikan.

Ini adalah keputusan seri kedua berturut-turut buat skuad Harimau Kumbang selepas terikat 1-1 dengan Kedah, Jumaat lalu.

Pulau Pinang terdahulu  membuka kempen liga dengan mengalahkan Kuala Lumpur City 1-0 sebelum tewas 0-2 dengan JDT.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya