TRW boleh raih RM45,000 seminggu - Utusan Malaysia

TRW boleh raih RM45,000 seminggu

HASIL penjualan baju khas Kelantan FC mampu menampung kehilangan pendapatan yang dialami ekoran larangan penonton hadir ke stadium akibat Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jika semua penyokong beli baju edisi istimewa

KOTA BHARU: Jika penyokong Kelantan FC bersatu membeli semua baju edisi khas yang dicetak untuk setiap perlawanan Liga Perdana, The Red ­Warriors (TRW) boleh meraih dari RM22,500 sehingga RM45,000 seminggu.

Bagi mengisi poket pasukan, TRW telah mencetak 500 kemeja-T khas bagi setiap perlawanan dengan sehelai dijual pada harga RM45. Itu bermakna, mereka boleh mengaut hasil jualan RM22,500.
Minggu ini, Kelantan mengharungi dua perlawanan liga iaitu menentang skuad Projek FAM-MSN semalam, diikuti Terengganu II, Sabtu ini.

Bermakna mereka boleh meraih RM45,000 jika kesemua baju habis dijual dalam kedua-dua perlawanan.

“Alhamdulillah, jualan baju edisi khas dalam perlawanan pembuka tirai (menentang Perak II), Sabtu lalu mendapat sambutan hangat daripada penyokong.

“Sokongan padu daripada ‘perwira ke-12’ TRW menguatkan lagi semangat kami untuk terus memperkasakan pasukan pada masa hadapan,” kata pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman kepada Utusan Malaysia semalam.

Menurut Norizam yang lebih dikenali sebagai Zamsaham, kemeja-T keluaran khas itu menampilkan corak berlainan bergantung kepada lawan yang ditentang.

“Kami hanya mencetak 500 helai kemeja-T keluaran khas bagi setiap perlawanan, jadi bagi peminat jangan lambat mendapatkan baju masing-masing.

“Pembelian boleh dilakukan secara dalam talian dan peminat boleh melayari Facebook rasmi pasukan iaitu TRW Kelantan FC.

“Sokonglah pasukan dengan membeli baju khas ini kerana ia sangat membantu ketika penonton tidak dibenarkan hadir ke stadium akibat Covid-19. Setidak-tidaknya dapatlah menampung kehilangan pendapatan akibat tiada jualan tiket,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya