TMJ 'luaskan kuasa' ke Eropah - Utusan Malaysia

TMJ ‘luaskan kuasa’ ke Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim serius dalam usaha beliau untuk membeli saham dengan mana-mana kelab elit di liga Eropah pada masa akan datang.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata, buat masa ini beliau masih meneliti dan perlu memikirkan semasak-masaknya sebelum membuat sebarang keputusan yang berat itu.

“Saya terbuka untuk memiliki saham dengan mana-mana pasukan elit di Eropah. Ini disebabkan saya memang berminat untuk menjadi pemegang saham kelab ternama sejak dahulu lagi.

“Saya berpandangan bahawa untuk memiliki pegangan saham yang kecil secara tidak langsung memberi manfaat kepada saya sebagai pemilik kelab serta memberi nilai tambah kepada JDT.

“Minat ini sudah lama, tapi sudah tentu sebelum membuat sebarang pelaburan, saya perlu membuat penilaian yang mendalam manakah sesuai atau tidak selain mempertimbangkan pro dan kontra mengenainya,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Tunku Ismail berkata, antara kelab Eropah yang dikaitkan untuk pemilikan saham adalah kelab Valencia dalam Liga Sepanyol, AC Milan (Itali) dan Manchester United (England).

Sebelum ini, arena bola sepak negara hangat memperkatakan TMJ akan meluaskan empayarnya ke negara yang memiliki antara liga terbaik di dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya