TMJ beli Valencia? - Utusan Malaysia

TMJ beli Valencia?

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan untuk mengambil alih Valencia, kelab yang pernah merangkul kejuaraan liga utama Sepanyol, La Liga enam kali.

Persoalan itu kini berlegar dalam kalangan peminat bola sepak tanah air susulan beberapa perkongsian Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi akaun Instagram Story miliknya hari ini, mengenai kelab Sepanyol tersebut.

Dalam Instagram Story miliknya, Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkongsi beberapa statistik mengenai Valencia seperti nilai semasa kelab, selain kejayaan yang pernah diraih oleh pasukan yang dimiliki jutawan Singapura, Peter Lim.

Kenyataan Tunku Ismail ‘saya mahu mengembangkan empayar, melebarkan sayap dan bersedia dengan cabaran baharu’ membuatkan peminat bola sepak tanah air tertanya-tanya apakah beliau berminat untuk membeli kelab yang kini menduduki tangga ke-14 dalam liga utama Sepanyol.

“Apa yang diperlukan oleh Valencia? Kamu memerlukan seseorang yang tahu tentang bola sepak, dahagakan kejayaan, mempunyai keghairahan dan tahu apa yang diperlukan kelab besar seperti Valencia.

“Pertama sekali, kita perlukan orang bola sepak dalam kelab. Nokhtah,” tulis Tunku Ismail.

Media Sepanyol mendakwa pengambilalihan Valencia bernilai sekitar 408 juta euro (RM1.9 bilion) dengan pasukan itu kini sedang bergelut dan hanya dibezakan lima mata dari zon penyingkiran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya