TMJ ada 'pelan B' ? - Utusan Malaysia

TMJ ada ‘pelan B’ ?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Valencia, Anil Murthy semalam menegaskan pemilik kelab, Peter Lim tidak bercadang menjual pasukan La Liga itu meskipun terdapat minat daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Kata Anil, beliau ada berbincang dengan Peter selepas Tunku Ismail memuat naik kenyataan dalam Instagram Story miliknya kelmarin, namun jutawan dari Singapura itu tidak bercadang untuk melepaskan milikannya.

“Rakan sekerja saya telah memberitahu mengenai kenyataan TMJ dalam Instagram. Saya telah berbincang dengan Peter dan beliau tidak ada perancangan untuk menjual kelab ini,” kata Anil kepada Football ESPANA.

Begitupun tindakan Johor Southern Tigers (JST) memuat naik gambar Tunku Ismail sedang mengadakan rundingan dengan Presiden La Liga, Javier Tebas semalam menimbulkan tanda tanya.

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim mengadakan sidang video membincangkan beberapa perkara dengan Presiden La Liga, Javier Tebas semalam.

JST dalam Twitternya memuat naik empat keping gambar TMJ sedang mengadakan sidang video bersama kapsyen: “Tunku Ismail Sultan Ibrahim membincangkan beberapa perkara dalam sidang video bersama Presiden La Liga, Javier Tebas hari ini (semalam).”

Di hujung status tersebut turut
ditulis ‘Luaskan Kuasamu Johor’.

 

STADIUM Mestalla gelanggang keramat Valencia FC.

Peter membeli Valencia dengan harga 420 juta euro (RM2.05 bilion) pada 2014 dan jumlah tersebut termasuk hutang yang ditanggung juara La Liga enam kali itu, 200 juta euro (RM976.92 juta).

Tunku Ismail dalam Instagramnya kelmarin berkongsi beberapa statistik mengenai Valencia seperti nilai semasa kelab, selain kejayaan yang pernah diraih oleh pasukan yang dimiliki jutawan Singapura, Peter Lim.

Kenyataan Tunku Ismail ‘saya mahu mengembangkan empayar, melebarkan sayap dan bersedia dengan cabaran baharu’ membuatkan peminat bola sepak tanah air tertanya-tanya apakah beliau berminat untuk membeli kelab yang kini menduduki tangga ke-14 dalam liga utama Sepanyol.

“Apa yang diperlukan oleh Valencia? Kamu memerlukan seseorang yang tahu tentang bola sepak, dahagakan kejayaan, mempunyai keghairahan dan tahu apa yang diperlukan kelab besar seperti Valencia.

“Pertama sekali, kita perlukan orang bola sepak dalam kelab. Nokhtah,” tulis Tunku Ismail.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya