Tinggalkan City, Aguero ke Liverpool? - Utusan Malaysia

Tinggalkan City, Aguero ke Liverpool?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Selepas sedekad bersama Manchester City, Sergio Aguero mengumumkan bakal meninggalkan gergasi Liga Perdana Inggeris itu hujung musim ini iaitu sejurus kontraknya berakhir pada Julai.

Hanya beberapa jam selepas pengumuman tersebut dibuat, bintang penyerang Argentina itu kembali dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool, kelab yang hampir disertai pada 2006 dan 2011.

Pada 2006, Aguero yang ketika itu berusia 18 tahun dan beraksi buat Independiente telah mengadakan rundingan dengan Reds sebelum tawaran lumayan Atletico Madrid membawanya ke Sepanyol.

Pada 2011, Liverpool gagal menyaingi tawaran lumayan yang dikemukakan Manchester City untuk mendapatkan Aguero.

RAFAEL BENITEZ

“Saya pengurus Liverpool ketika itu. Mereka (Independiente) menawarkan kami pemain muda pada harga yang sangat, sangat tinggi. Dia kemudian menyertai Atletico Madrid.

“Kami sentiasa mengikuti perkembangannya. Kami tahu dia pemain yang sangat bagus,” kata bekas pengendali Liverpool, Rafael Benitez.

SERGIO Aguero membina karier bersama Independiente.

Ketika beraksi bersama Independiente, Aguero pernah mengakui, dia adalah peminat Liverpool dan amat teruja melihat Reds menumpaskan AC Milan untuk merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara 2005.

“Jika saya boleh memilih liga, maka pilihan saya adalah Liga Perdana.

“Saya adalah peminat Liverpool sejak sekian lama, dapat beraksi bersama pasukan itu ibarat impian menjadi nyata.

“Saya menonton perlawanan akhir Liga Juara-Juara dan meraikan setiap gol seolah-olah Independiente yang sedang beraksi,” kata Aguero kepada Munich TZ ketika itu.

Pada usia 32 tahun, Aguero belum bersedia menutup kariernya atau menyertai Liga Bola Sepak Utama (MSL) Amerika Syarikat, dan Liverpool mungkin menjadi destinasi seterusnya.

JAMES MILNER

Pemain tengah England, James Milner menjadi watak penting di Liverpool selepas meninggalkan City secara percuma pada 2015.

Tonggak pertahanan Ivory Coast, Kolo Toure juga bermain baik bersama Liverpool selepas menyertai kelab itu dari City pada 2013, dan Aguero mungkin bersedia mengkuti jejak dua legenda tersebut.

Sepanjang bersama City, Aguero telah meledak 257 gol dan membuat 384 penampilan. Dia juga membantu kelab memenangi empat kejuaraan Liga Perdana, malah berada di ambang menjuarainya buat kali kelima musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya