Timbalan CDM Sukan SEA Vietnam bekas atlet? - Utusan Malaysia

Timbalan CDM Sukan SEA Vietnam bekas atlet?

HAMIDIN MOHD. AMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Chef De Mission (CDM) Malaysia ke Sukan SEA 2021, Datuk Hamidin Mohd Amin tidak menolak calon bagi jawatan timbalan mungkin dalam kalangan bekas atlet.

Beliau mendedahkan beberapa calon telah ditemuduga bagi mengisi jawatan Timbalan CDM Sukan SEA dan keputusan hanya akan diumumkan selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Sebenarnya saya telah menemu duga beberapa orang, mesti mendapat restu daripada MOM (Majlis Olimpik Malaysia) Tan Sri Mohamad Norza ( Zakaria) dan menteri (Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican).

“Saya tidak perlu tergesa-gesa kemungkinan selepas raya (baru umumkan). Saya melihat kriteria daripada presiden persatuan sukan atau  pimpinan daripada persatuan yang dalam MOM dan juga bekas atlet,

“Saya mempunyai idea berlainan sikit daripada sebelum ini. Kalau atlet ini kita perlu tengok kredibiliti dan perlu ada ciri kepimpinan.

“Kalau bukan timbalan mungkin bekas atlet boleh jadi ikon bersama-sama saya. Ada kategori atlet di taraf tinggi dan layak nanti saya akan maklumkan ada beberapa cadangan kepada Norza,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Liga SupaRimau di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.

Mohd. Amin mencipta sejarah tersendiri apabila muncul Presiden Bolasepak Malaysia (FAM) pertama dilantik menjadi Chef De Mission (CDM) ke Sukan SEA.

Hamidin dilantik sebagai CDM bagi Sukan SEA di Vietnam, November ini oleh MOM dan ia merupakan satu penghormatan kepada industri bola sepak negara.

Beliau menjadi Presiden FAM pertama yang dipilih sebagai CDM sejak penyertaan Malaysia sebagai Persekutuan Tanah Melayu di Sukan SEAP bermula 1959 di Bangkok.

Sebanyak 40 jenis sukan bakal dipertandingkan pada Sukan SEA yang dijadual dari 21 November hingga 2 Disember ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN