THT ratah Sabah 11-0 - Utusan Malaysia

THT ratah Sabah 11-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Hoki Terengganu (THT) melaungkan amaran awal kepada para pesaingnya apabila ‘meratah’ pendatang baharu, Sabah 11-0 dalam aksi pembukaan Liga Hoki Malaysia (MHL) di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Bintang penyerang kebangsaan, Faizal Saari yang dijangkiti Covid-19 beberapa minggu sebelum liga bermula mengetuai amukan THT dengan meledak empat gol.

THT yang menetapkan sasaran memenangi sekurang-kurangnya satu piala musim ini, nyata bukan tandingan Sabah yang rata-rata dibarisi pemain muda dari skuad Sukan Malaysia (Sukma).

Gandingan penyerang prolifik THT –Faizal, Shello Silverius dan Akhimullah Anuar Esook menjadi igauan buat skuad muda Sabah yang tampil buat kali pertama dalam saingan MHL kali ini.

Faizal meletakkan THT di depan seawal minit ketiga menerusi penalti strok. Silverius menambah dua gol (minit keenam dan 29), manakala Akhimullah meledak gol ketiga di minit ke-28.

Tujuh gol lagi terhasil pada separuh masa kedua menerusi Muhammad Arif Syafi Ishak (34), Faizal (40, 41 dan 55), Akhimullah (45), Muhammad Sufi Ismat Rohulamin (51) dan Nukman Hakim Mohamad pada minit ke-57.

“Memang lega dengan kejayaan ini tetapi kami perlu fokus pada tugas seterusnya menentang UniKL yang pasti mencabar,” kata Faizal.

Pertemuan menentang juara bertahan, UniKL, Ahad ini menjadi fokus utama THT seterusnya untuk memperkukuh kedudukan.

TNB THUNDERBOLTS  0-5 MAYBANK

PEMAIN Maybank meraikan kejayaan menewaskan TNB Thunderbolts 5-0.

Sementara itu, juara dua kali, Maybank mengatasi halangan pertama dengan kejayaan mengatasi skuad muda TNB Thunderbolts 5-0.

Hafifihafiz Hanafi dan Amirrullah Zainol masing-masing meledak dua gol, manakala Syamim Naim Hamid melengkapkan kemenangan besar Maybank.

NURINSAFI 0-3 UITM

UITM turut bermula langkah kanan.

Dalam satu lagi perlawanan, UiTM  mempamerkan corak permainan kemas pada dua suku terakhir bagi mengutip tiga mata penuh selepas menumpaskan Nurinsafi  3-0.

Skuad UiTM yang dibarisi gabungan pemain UiTM dan beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta lain serta  bekas pemain kebangsaan, terpaksa bergelut sehingga minit ke-29 sebelum meledak jaringan menerusi pukulan sudut penalti Nor Azrul Rahman.

UiTM  muncul dengan corak permainan lebih kemas pada separuh kedua dengan asakan bertali arus yang akhirnya membolosi benteng lawan menerusi Muhammad Rashid Baharom (minit ke-33) dan jaringan padang Danial Ashraf Abdul Ghani pada minit ke 46.

KEDUDUKAN LIGA HOKI MALAYSIA

KEDUDUKAN LIGA HOKI MALAYSIA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya