Terengganu II, Kuching City berkongsi mata - Utusan Malaysia

Terengganu II, Kuching City berkongsi mata

PEMAIN Terengganu FC II meraikan jaringan Amirul Syazwan Nor Azmi ketika bertemu Kuching City di Kuala Terengganu sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini menjadi saksi kepulangan Irfan Bakti Abu Salim dengan kali ini sebagai jurulatih Kuching City FC dalam aksi Liga Perdana bertemu Terengganu FC II, sebentar tadi.

Kemenangan yang diharapkan bekas jurulatih skuad Terengganu itu bagaimanapun gagal menjelma apabila perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Awal permainan memihak kepada anak-anak buah Irfan Bakti yang lebih mendominasi bahagian tengah, namun dikejutkan dengan gol pembukaan tuan rumah pada minit ke-19.

Berpunca sepakan percuma di sebelah kanan, pemain sayap, Amirul Syazwan Nor Azmi bijak melencongkan bola menewaskan penjaga gol pelawat, Mohd. Iqbal Suhimi.

Ketinggalan satu gol, skuad The Cats menggandakan serangan menyaksikan percubaan Joseph Kallang Tie dihalang pertahanan Terengganu FC II untuk sepakan sudut.

Hasilnya, sepakan diambil Joseph itu berjaya menemui pemain pertahanan, Mohd. Hairul Mokhtar yang menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-30.

Babak kedua disambung dengan kedua-dua pasukan memulakan serangan menerusi Joseph (m-50) dan sepakan Amirul Syazwan yang ditepis Mohd. Iqbal lima minit selepas itu.

Aksi hambar kemudian disajikan ketika permainan berlangsung satu jam dengan TFC II dilihat merasai ketiadaan tonggak, Jordan Mintah dan Marcel N’Guessan.

Kemasukan penyerang gantian, Wan Mohd. Fazli Wan Ghazali juga gagal mengubah jaringan dan kedudukan 1-1 kekal sehingga wisel penamat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya