Tendangan ala kungfu bawa padah - Utusan Malaysia

Tendangan ala kungfu bawa padah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GLASGOW: Tendangan ala kungfu Kemar Roofe enam minit selepas dibawa masuk sebagai pemain gantian membawa padah apabila dia bukan saja dibuang padang pada minit ke-61, malah pasukannya, Rangers tersingkir dari Liga Europa hari ini.

Rangers bertambah malang apabila menamatkan permainan dengan sembilan pemain selepas pertahanan mereka, Leon Balogun turut dibuang padang pada minit ke-73.

Anak-anak buah Steven Gerrard akhirnya tumpas 0-2 kepada Slavia Praha dan tersingkir dari saingan secara agregat 1-3.

Dalam aksi di Stadium Ibrox itu, Roofe berlari mengejar hantaran jauh rakan sepasukan, Connor Goldson dan dia mengangkat kaki dengan tinggi untuk mencapai bola.

Kakinya terkena muka penjaga gol Slavia, Ondrej Kolar menyebabkan darah mengalir dan pengadil tiada pilihan kecuali melayangkan kad merah.

Kolar diberi rawatan segera oleh pisio kedua-dua pasukan sebelum diusung keluar dalam keadaan berdarah.

Dia kemudian digantikan oleh penjaga gol berusia 18 tahun, Matyas Vagner ketika pasukannya sedang mendahului 1-0.

Keadaan menjadi bertambah buruk buat Rangers apabila Balogun menerima kad kuning 10 minit kemudian kerana menjatuhkan Lukas Masopust.

Nicolae Stanciu kemudian meledak gol kedua pasukan pelawat menerusi sepakan bebas untuk mengesahkan kemenangan Slavia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya