Tak kisahlah menang cara 'buruk' - Klopp - Utusan Malaysia

Tak kisahlah menang cara ‘buruk’ – Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WOLVERHAMPTON: Liverpool dipaksa berkerja keras dan jauh daripada prestasi terbaik ketika menewaskan Wolverhampton 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris pagi tadi.

Bagaimanapun pengendali mereka, Jurgen Klopp tidak kisah bagaimana mereka menang kerana yang penting adalah mengutip tiga mata penuh.

Jaringan babak pertama Diogo Jota memastikan kemenangan Liverpool, sekali gus kembali melonjak ke tangga keenam liga untuk memintas Everton.

Enam kekalahan berturut-turut di tempat sendiri menyukarkan peluang Liverpool layak ke Liga Juara-Juara musim depan tetapi skuad Klopp kini menang enam daripada tujuh aksi terakhir di luar Anfield.

DIOGO Jota (kiri) meledak gol Liverpool dalam aksi di Stadium Molineux, Wolverhampton hari ini.

“Semuanya tentang keputusan.

“Ia perlawanan sukar. Kami menang tiga mata dengan cara buruk tapi saya tidak kisah jika itu dapat mengembalikan kami ke landasan sebenar.

“Saya tidak suka cara kami memulakan perlawanan kerana tidak cukup aktif tapi pasukan menunjukkan banyak peningkatan dan bertahan dengan baik,” kata Klopp kepada Sky Sports.

Kata Klopp, Jota yang tidak beraksi hampir tiga bulan akibat kecederaan lutut membawa perbezaan besar dalam perlawanan itu.

Penyerang Portugal itu meledak gol kemenangan pada lewat babak pertama menerusi rembatan dalam kotak penalti yang gagal ditepis penjaga gol lawan, Rui Patricio.

PEMAIN Liverpool meraikan jaringan Diogo Jota.

Mohamed Salah hampir menggandakan jaringan ketika permainan berbaki lima minit tetapi dibatalkan akibat ofsaid dan Liverpool cekal bertahan untuk meraih tiga mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya