BERMODALKAN’ palang dan tiang besi, sekumpulan anak muda ini tampak begitu ‘ringan’ mengangkat badan sendiri. Berpusing pada palang, pegun di udara, menggenggam kuat palang dan tiang besi pada kedudukan menegak, seolah-olah melawan graviti. Aksi anak muda dalam sukan Kalistenik atau sukan bar ini tampak bersahaja namun tidak semudah disangka. Keberanian Syauqi Annas Farhan Sulaiman, 20, dalam melantunkan badan dari ketinggian dua meter palang besi tanpa tali keselamatan lalu berpusing 360 darjah dengan pelbagai gaya, membuat mata saya tidak terkebil. Kagum melihat kebolehan ditonjolkan. Anak ketiga daripada empat adik-beradik ini memberitahu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya