Stadium Liga M kembali 'bergegar' - Utusan Malaysia

Stadium Liga M kembali ‘bergegar’

PENYOKONG dibenarkan ke stadium untuk menyaksikan perlawanan Piala Malaysia, 29 Oktober ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas mengumumkan penonton dijangka kembali ke stadium bulan depan, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memutuskan penjualan tiket perlawanan hanya akan dibuat secara dalam talian sebagai langkah berhati-hati mengelak penularan Covid-19.

Jika pertemuan di antara MFL, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berjalan lancar, awal bulan depan hampir semua stadium di negara ini akan kembali meriah dengan kehadiran penyokong Liga Malaysia (Liga M).

Rundingan difahamkan sudah 90 peratus, yang mana 15 hingga 20 peratus penyokong dibenarkan masuk ke venue mengikut kapasiti stadium.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan berkata, pihaknya sedang memperhalusi dan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) merangkumi laluan keluar serta masuk penyokong, termasuklah menentukan kedudukan mereka ketika berada dalam stadium.

AB. GHANI HASSAN

“Kami dalam perbincangan akhir dan jika semua berjalan lancar tanpa masalah, pada perlawanan keenam Liga Super dapat menyaksikan kemasukan penyokong ke stadium.

“Pada masa sama, kami tidak meletakkan syarat tertentu kepada penyokong namun kanak-kanak dan warga emas tidak digalakkan ke stadium kerana mereka golongan berisiko.

“Semua (pembelian tiket) mesti melalui online (dalam talian), kecuali pas bermusim 2020, di mana kami perlu menyelesaikannya.

“Kemungkinan besar pas bermusim 2020 akan diambil kira dalam peratusan penonton ke stadium sebab mereka telah membayarnya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Presiden Kelab Penyokong Anak Selangor (ASFC), Mohd. Faizal Wahid kurang bersetuju dengan sistem penjualan tiket dalam talian kerana bimbang akan wujud ulat tiket.

“Keutamaan untuk penyokong yang ada pas bermusim adalah cadangan yang bagus.

“Kedua mungkin keutamaan boleh diberikan kepada kelab-kelab penyokong yang berdaftar kerana lebih mudah untuk me­ngawal kemasukan penyokong yang dipantau ketua kelab penyokong, selain memastikan semua yang dibenarkan masuk mengikut SOP yang ditetapkan,” jelasnya.

Kali terakhir perlawanan Liga M berlangsung dengan kehadiran penonton di stadium adalah pada 11 Mac 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya