Shamil selamatkan The Red Warriors - Utusan Malaysia

Shamil selamatkan The Red Warriors

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain muda skuad Projek FAM-MSN hampir mengejutkan Kelantan FC, namun jaringan minit terakhir Nurshamil Abd. Ghani memastikan The Red Warriors (TRW) menang 2-1 dalam aksi Liga Perdana di Stadium UiTM Shah Alam hari ini.

Malah, Kelantan turut dikejutkan dengan jaringan tuan rumah seawal minit ketujuh yang disempurnakan oleh Azhad Harraz.

TRW yang amat memerlukan kemenangan selepas tumpas 0-1 kepada Perak II di laman sendiri minggu lalu, tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan.

Mior Dani Armin memulakan kebangkitan TRW apabila menjadikan kedudukan 1-1 hanya dua minit selepas jaringan Azhad.

Ketika permainan hampir berkesudahan dengan seri, Nurshamil meledak gol kemenangan Kelantan pada minit ke-90.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya