Shah Firdaus macam 'Zii Jia dalam basikal' - Utusan Malaysia

Shah Firdaus macam ‘Zii Jia dalam basikal’

SHAH FIRDAUS SAHROM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ETALING JAYA: Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang melabelkan Shah Firdaus Sahrom sebagai Lee Zii Jia di dalam sukan itu selepas pelumba itu merangkul pi­ngat emas dalam acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia, semalam.

Dalam saingan di Velodrom Anna Meares, Brisbane itu, Shah Firdaus melakar kejutan dengan memintas Azizulhasni dan pelumba Australia, Matthew Richardson pada pusingan terakhir untuk merangkul kejuaraan dalam acara itu.

Keputusan itu menyaksikan Azizulhasni atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocketman berada di kedudukan kedua untuk perak dan Richardson bagi gangsa.
Azizulhasni berkata, Shah Firdaus menampilkan taktikal yang sangat berkesan dalam aksi final keirin dan dia berpuas hati untuk menamatkan saingan selaku pemenang pingat perak.

“Dia ibarat Lee Zii Jia di dalam trek berbasikal dan memiliki potensi besar untuk membawa pulang emas di Sukan Olim­pik Tokyo 2020.

“Tiga hari perlumbaan yang sangat hebat di Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Persatuan Berbasikal Australia, komisar dan semua yang terlibat dalam menjayakan perlumbaan ini,” katanya.

LEE Zii Jia ketika menjuarai All England.

Hujung bulan lalu, Shah Firdaus turut memenangi emas menerusi acara tersebut dalam Kejohanan Keirin Victoria di Melbourne, Australia dengan Azizulhasni menduduki tempat kedua untuk perak.

Zii Jia, 23, dianggap pengganti legenda badminton Datuk Lee Chong Wei, malah perseorangan lelaki negara itu baru melakar kemenangan sensasi menjuarai kejohanan All England, 21 Mac lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya