Sepanyol kecewa diikat Greece - Utusan Malaysia

Sepanyol kecewa diikat Greece

ALVARO MORATA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GRANADA: Keputusan seri menentang Greece dalam aksi pembukaan Kumpulan B, kelayakan Piala Dunia 2022 pagi tadi tidak menggembirakan bekas juara, Sepanyol.

Skuad La Roja diikat 1-1 di Granada selepas pasukan pelawat dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-56.

Sepanyol menguasai babak pertama dan membuka jaringan menerusi rembatan kaki kiri penyerang Juventus, Alvaro Morata pada minit ke-33.

Pertahanan Sepanyol, Inigo Martinez yang masuk menggantikan ketua pasukan, Sergio Ramos di separuh masa kedua bagaimanapun melakukan kesilapan yang membawa kepada gol penyamaan lawan.

Dia dipersalahkan oleh pengadil dari Itali, Marco Guida kerana melakukan kekasaran terhadap Giorgos Masouras untuk menghadiahkan sepakan penalti kepada lawan.

Anastasios Bakaseta meraikan jaringannya ketika menentang Sepanyol di Granada hari ini.

Kapten Greece, Anastasios Bakaseta menyempurnakan penalti, sekali gus membantu pasukannya mengutip satu mata berharga.

“Kami tidak menjangkakan keputusan ini, Sepanyol tidak berhak seri.

“Keputusan lebih adil patut terpapar di papan jaringan.

“Walaupun kami tidak memanfaatkan beberapa peluang tapi kami patut dengan kelebihan satu atau dua gol malam ini,” kata jurulatih Sepanyol, Luis Enrique. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya