Seluruh negara meraikan kejayaan Zii Jia - Utusan Malaysia

Seluruh negara meraikan kejayaan Zii Jia

KEMAMPUAN Lee Zii Jia menjuarai Kejohanan Badminton Seluruh England menambah sasaran Malaysia untuk memburu pingat emas di Temasya Tokyo 2021. - GAMBAR BWF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berbangga dengan kejayaan perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia selepas berjaya merangkul kejuaraan badminton All England malam tadi.

Kejayaan itu menyaksikan, pemain berusia 23 tahun itu menamatkan penantian empat tahun Malaysia dalam kejohanan berstatus Super 1,000 yang kali terakhir dimenangi legenda negara, Datuk Lee Chong Wei pada 2017.

Dalam aksi itu, pemain kelahiran Alor Setar itu beraksi cemerlang dengan menewaskan juara bertahan yang juga bekas juara dunia dari Denmark, Viktor Axelsen 30-29, 20-22, 21-9.

“Saya dapat rasakan seluruh rakyat Malaysia turut bersorak memberi sokongan dan meraikan kejayaan yang manis ini.

“Satu prestasi yang menarik dan berkelas tinggi oleh Lee Zii Jia.

“Tahniah dan syabas juga buat pasukan Malaysia di sana – Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Pearly Tan-M. Thinaah yang turut mempamerkan prestasi membanggakan di bawah bimbingan Pengarah Kejurulatihan, Wong Choong Hann dan barisan jurulatih BAM (Persatuan Badminton Malaysia),” katanya menerusi laman Facebook.

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin turut mengucapkan tahniah atas kejayaan yang diraih pemain muda negara itu dan berharap BAM akan terus mengembangkan bakatnya pada masa akan datang.

“LZJ menewaskan pemain No.1 dan 2 dunia untuk menjadi juara All England, saya harap @KBSMalaysia dan @BA_Malaysia akan terus memberi tumpuan kepada bakat yang dimilikinya.

“Dia memiliki keistimewaan,” katanya menerusi laman Twitter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya