Sarawak rampas takhta Liga Perdana - Utusan Malaysia

Sarawak rampas takhta Liga Perdana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sarawak United mengungguli Liga Perdana apabila menepati ramalan menewaskan pasukan senegeri, Kuching City 2-0 dalam saingan di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan Sarawak meraih sembilan mata memintas pendahulu Negeri Sembilan yang kini menduduki tangga kedua liga dengan tujuh mata.

Dua gol pada babak pertama menerusi jaringan Uche Agba pada minit kesembilan dan Stuart James Wilson Wark pada minit ke-45 sudah cukup melebarkan rekod tanpa kalah Sarawak United FC daripada tiga perlawanan.

Seawal minit kesembilan Sarawak United FC memecah kebuntuan jaringan gol selepas hantaran Christie Jayaselan Devasagayam mudah ditanduk masuk penyerang import Uche Agba menewaskan penjaga gol Kuching City FC, Mohd. Iqbal Mohd. Suhimi.

Tersentak dengan gol tersebut, Kuching City FC menggandakan asakan dan peluang terbaik menyamakan kedudukan hadir pada minit ke-18.

Namun sepakan kencang pemain import dari Jepun, Yuta Suzuki di hadapan pintu gol berjaya ditepis keluar penjaga gol Sarawak United FC, Mohd. Sharbinee Allawee Ramli.

Pada minit ke-37, Uche nyaris meledak jaringan peribadi kedua namun sepakan leret beberapa inci tersasar daripada tiang gol sebelah kanan ketika penjaga gol Kuching City FC, Mohd. Iqbal.

Di masa kecederaan babak pertama hendak berakhir Sarawak United FC menambah jaringan kedua.

Sepakan lambung pemain import Stuart James dari luar kotak penalti biarpun cuba ditolak keluar oleh Mohd. Iqbal namun bola bergolek masuk menggegar jaring.

Pada minit ke-83, Kuching City FC hampa lagi untuk mencari gol apabila peluang terbaik hadir milik pemain gantian, Mohd. Hairol Mokhtar namun sepakannya meliar keluar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya