Sanchez puji pemain muda Perak II - Utusan Malaysia

Sanchez puji pemain muda Perak II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengendali Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Rafael Sanchez memberi pujian kepada pasukan Perak FC II dibarisi pemain muda yang memberikan tentangan hebat pada perlawanan berkesudahan 3-2 berpihak kepada pasukan tuan rumah di Stadium Larkin, semalam.

Menurut Rafael, pasukan lawan yang membariskan semua pemain tempatan itu mempamerkan semangat juang yang tinggi dan mampu menyaingi pemain kendaliannya yang terdiri daripada empat pemain import dan beberapa pemain skuad kebangsaan.

“Walaupun tidak diperkuatkan dengan pemain import, mereka masih dapat bermain dengan sangat baik dan ada antara mereka yang menarik perhatian saya.

“Dua kesilapan yang dilakukan oleh pemain JDT II dimanfaatkan mereka sebaiknya untuk mencipta jaringan. Kami cuba untuk bangkit pada perlawanan itu dan akhirnya berjaya meraih kemenangan, penting untuk kami mengutip tiga mata ini,” katanya.

PERAK FC II dibarisi pemain-pemain import.

Dalam pada itu, Rafael turut berpuas hati apabila penekanan terhadap set permainan hantaran lintang yang ditekankan pada sesi latihan menjadi di atas padang setelah ketiga-tiga gol yang dihasilkan adalah menerusi tandukan.

“Selain mengkucar-kacirkan benteng pertahanan dari arah sayap kiri dan kanan, kami juga mempelbagaikan serangan menerusi hantaran lintang ke kotak penalti dan ini terbukti berhasil pada perlawanan ini.

Mengulas lanjut mengenai Danial Amier yang beraksi pertama kali bersama JDT II, Rafael memberitahu dia memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri dengan pasukan setelah menyertai kem latihan sejak seminggu yang lalu.

Katanya, Danial mampu menjadi watak penting untuk pasukan di masa akan datang dan percaya corak permainan akan bertambah baik dari masa ke semasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya