Gol 'ihsan' selamatkan Red Giants - Utusan Malaysia

Gol ‘ihsan’ selamatkan Red Giants

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor sudah di ambang kekalahan ketika permainan menunggu masa untuk ditamatkan, namun gol sendiri pemain lawan, Giancarlo Gallifuoco pada minit ke-90 membolehkan Red Giants seri 1-1 dengan Kuala Lumpur City dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Babak pertama menyaksikan Selangor menguasai hampir keseluruhan perlawanan namun tiada jaringan dapat dilakukan kedua-dua pasukan yang terpaksa beraksi dalam keadaan hujan.

Bersambung babak kedua, skuad kendalian Karsten Neitzel terus menggandakan asakan dengan memasukkan Shahrel Fikri Fauzi, namun buntu untuk membolosi gawang pelawat.

Kegairahan Red Giants menyerang dihukum menerusi serangan balas pantas bermula dengan hantaran jauh pertahanan KL City, Nik Shahrul Azim Ab. Halim melepasi pertahanan tuan rumah sebelum dimanfaatkan Dominac da Silva yang tenang melakukan tolakan mudah untuk gol pertama pasukan pelawat dalam permainan itu.

Tersentak dengan jaringan itu, Selangor kembali mengatur gerakan serangan dan usaha memburu gol penyamaan berhasil menerusi tandukan Safuwan Baharudin yang terkena Gallifuoco sebelum menerjah gawang Kuala Lumpur pada minit terakhir.

Bagaimanapun, anak buah Bojan Hodak hampir memperolehi gol kemenangan menerusi tandukan Giancarlo Gallifuoco namun bola sekadar singgah di palang tuan rumah sekali gus memberi kelegaan buat penjaga gol, Khairulazhan Khalid pada masa kecederaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya