TURIN: Juventus tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara kepada 10 pemain Porto, dan Cristiano Ronaldo dipersalahkan di atas kekalahan itu.
Juara Itali itu menang 3-2 di Turin hari ini, namun tersingkir menerusi peraturan gol di tempat lawan selepas kedua-dua pasukan terikat secara agregat 4-4.
Peminat Juventus yang kecewa menyalahkan tindakan Ronaldo memalingkan badan dari terkena bola ketika lawan mengambil sepakan bebas pada waktu kecederaan.
Tendangan Sergio Oliveira melepasi tembok pemain lawan dan bola melalui celah kaki Ronaldo sebelum gagal diselamatkan oleh penjaga gol, Wojciech Szczesny.

Jaringan tersebut membolehkan Porto menjadikan kedudukan 2-2 dan usaha Juventus untuk bangkit selepas itu dengan gol ketiga menerusi Adrien Rabiot sudah terlewat.
Impian Ronaldo untuk mencipta rekod menjulang kejuaraan Eropah bersama tiga kelab berbeza kini musnah, malah pemain berusia 36 tahun itu jauh daripada prestasi terbaiknya dalam perlawanan tersebut.
Tampil dengan kemenangan 2-1 di Portugal bulan lalu, sepakan penalti Oliveira pada separuh masa menambah kelebihan Porto sebelum Juventus menyamakan kedudukan menerusi dua jaringan Federico Chiesa tatkala pemain pelawat, Mehdi Taremi dibuang padang.
Oliveira kemudian menjaringkan gol yang berjaya membawa pasukannya ke suku akhir akhir menerusi sepakan percuma pada minit ke-115. – AGENSI