PM janji akan benarkan penonton masuk stadium - Utusan Malaysia

PM janji akan benarkan penonton masuk stadium

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyokong bola sepak tempatan pasti gembira dengan harapan diberikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan membenarkan kemasukan penonton ke stadium sekiranya kes Covid-19 dapat diturunkan.

Kerinduan hadir ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan kesayangan masing-masing sudah tentu amat dirasai dalam kalangan peminat-peminat bola sepak negara yang hampir setahun tidak dapat memasuki stadium ekoran pandemik Covid-19.

“Mungkin juga di masa akan datang apabila keadaan mengizinkan, maka kita bolehlah membenarkan kehadiran penonton ke stadium secara berskala kecil atau berperingkat jika kes Covid-19 dapat kita turunkan.

“Ini bagi saya amat penting supaya sukan bola sepak yang merupakan sukan nombor satu di negara kita untuk kembali semula gemilang.

“Penonton juga akan dapat terbabit bersama-sama meraikan permainan bola sepak yang menjadi satu kebanggaan bagi kita semua,” katanya menerusi satu video di Facebook Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Dalam perkembangan sama, kehangatan perebutan Piala Sultan Ahmad Shah antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini turut mendapat perhatian Perdana Menteri.

“Apa khabar kepada semua peminat bola sepak negara, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada kedua-dua pasukan iaitu Kedah dan JDT untuk perlawanan Piala Sultan Ahmad Shah, yang akan berlangsung pada 5 Mac ini.

“Saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pasukan yang terbabit dalam Liga Super dan Liga Perdana yang akan bermula Sabtu ini.

“Selamat bertanding dengan semangat kesukanan dan mudah-mudahan dengan cara ini sukan di Malaysiaakan terus bersemarak,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya