PJ City, Melaka seri lagi - Utusan Malaysia

PJ City, Melaka seri lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemenangan pertama yang dicari Petaling Jaya City (PJ City) dan Melaka United masih gagal menjelma apabila kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri kedua berturut-turut dalam aksi Liga Super sebentar tadi.

Begitupun aksi menarik dipamerkan kedua-dua pasukan yang saling berbalas serangan ketika seri 2-2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Kesemua empat gol terhasil pada babak kedua, yang berlangsung dengan penuh mendebarkan.

Darren Lok muncul wira PJ City selepas meledak dua gol untuk membantu pasukannya mengutip mata kedua musim ini selepas diikat tanpa jaringan oleh Perak minggu lalu.

Bagaimanapun Melaka yang sebelum ini seri 1-1 menentang Sabah terlebih dulu membuka jaringan menerusi tandukan S. Kumaahran pada minit ke-55.

Darren Lok berjaya menjadikan kedudukan 1-1 pada minit ke-70 sebelum menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-86 untuk meletakkan skuad Phoenix di depan.

Ketika PJ City sudah di ambang kemenangan, jaringan Faris Shah Rosli, lima minit memasuki waktu kecederaan menyelamatkan Melaka daripada pulang dengan kekalahan.

PJ City FC akan bertemu Sabah dalam aksi ketiga di Likas, Sabtu ini manakala Melaka menerima kunjungan Pahang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya