PJ City bantutkan kebangkitan Tok Gajah - Utusan Malaysia

PJ City bantutkan kebangkitan Tok Gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Baru hendak merasai nikmat kebangkitan di bawah bimbingan Dollah Salleh, hajat Sri Pahang terbantut apabila tumpas 0-1 kepada Petaling Jaya City (PJ City) dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebentar tadi.

Ia kekalahan kedua Tok Gajah di Stadium MBPJ musim ini selepas tumpas 3-1 kepada Selangor FC dalam aksi pembukaan, 6 Mac lalu.

Kekalahan tersebut pasti mengecewakan Sri Pahang yang baru merasai nikmat kemenangan ketika mengalahkan Sabah 2-1, Selasa lalu.

Malah sejak merehatkan ketua jurulatihnya, Thomas Dooley akibat dua kekalahan dalam aksi pembukaan, Dollah telah membantu Tok Gajah mengutip empat mata apabila turut mengikat Melaka United 0-0 pada 13 Mac lalu.

Lebih menyakitkan, mereka kalah kepada PJ City yang 100 peratus dibarisi pemain tempatan.

D. Kugan muncul wira PJ City apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-33 untuk memberikan tiga mata berharga buat skuad P. Maniam, sekali gus melonjakkan mereka ke tangga kelima liga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya