Piala Sumbangsih kekal milik UniKL - Utusan Malaysia

Piala Sumbangsih kekal milik UniKL

PEMAIN UniKL meraikan kejayaan muncul juara Piala Sumbangsih selepas menewaskan TNB menerusi pukukan shootout di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini. - IHSAN UNIKL HOCKEY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) melaungkan amaran kepada para pencabarnya apabila mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih selepas menumpaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi penentuan penalti shootout 4-3  di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Perlawanan terpaksa diheret ke penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan, yang menjadi pilihan untuk menjuarai Liga Hoki Malaysia (MHL) musim ini terikat tanpa jaringan sehingga tamat waktu sebenar permainan.

Kemenangan tersebut membolehkan skuad UniKL bimbingan Megat Azrafiq Termizi di landasan terbaik untuk mengulangi pencapaian musim lalu apabila merangkul kejuaraan treble – Piala Sumbangsih, MHL dan Piala TNB.

Kapten UniKL, Muhammad Marhan Mohd. Jalil muncul wira pasukannya apabila tenang menyempurnakan pukulan shootout terakhir, sekali gus meraih suntikan moral terbaik menjelang pertemuan dengan satu lagi gergasi hoki tempatan, Pasukan Hoki Terengganu (THT), Ahad ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya