Perak, PJ City buntu di Ipoh - Utusan Malaysia

Perak, PJ City buntu di Ipoh

PENYERANG PJ City FC, Darren Lok (depan) diasak pertahanan Perak, Shakir Hamzah dalam aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Hasrat Perak memulakan kempen Liga Super 2021 dengan kemenangan tidak kesampaian apabila diikat 0-0 oleh Petaling Jaya (PJ) City di Stadium Perak di sini sebentar tadi.

Kawalan ketat pasukan pelawat menyaksikan anak-anak buah Chong Yee Fatt gagal mempamer persembahan diingini ketika PJ City FC tampak bersungguh-sungguh inginkan kejayaan.

Tuan rumah seperti ketandusan idea  bagaimana hendak melepasi hadangan anak buah P. Maniam.

Sebaliknya, corak permainan PJ City lebih tersusun menyebabkan Perak langsung tidak merembat ke arah gawang mereka pada babak pertama.

Memasuki separuh masa kedua, corak permainan Perak mula berubah apabila sering melakukan ancam melalui gerakan pantas dan kemas.

Bagaimanapun, peluang yang dicipta gagal menemui gawang, termasuk satu rembatan bola terkena palang  pada minit ke-48.

Guilherme De Paula sepatutnya meletakkan  tuan rumah di depan tetapi rembatan pemain itu tersasar dari tiang kiri gawang gol.

Lima minit kemudian, giliran Rafiuddin Roddin mensia-siakan satu lagi peluang gol apabila merembatnya tepat ke dalam dakapan penjaga gol lawan, KalamullahAl-Hafiz Mat Rowi.

Farhan  Roslan yang dimasukkan pada minit ke-70 hampir memecah kebuntuan, namun pemain yang mendapat julukan ‘Messi Kedah’ itu menanduk lemah di hadapan gawang pasukan pelawat

Pelawat turut berpeluang menjaring gol tetapi gagal disudahkan oleh Darren Yee di minit akhir perlawanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya