Perak melangkah ke musim baharu dengan bergaya - Utusan Malaysia

Perak melangkah ke musim baharu dengan bergaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak menghalang Perak FC melancarkan jersi  pasukan itu untuk menghadapi kempen Liga M 2021 yang akan bermula esok.

Selepas menyelesaikan  satu persatu kemelut yang melanda akhirnya jersi pasukan itu dilancar secara atas talian hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Rizal Ali Naizali berkata, tiada sebarang majlis diadakan sempena pelancaran kerana PKPB.

JERSI kedua Bos Gaurus musim 2021.

“Segala urusan termasuk jual beli juga diadakan secara atas talian.

” Kami minta maaf di atas kesulitan yang berlaku, Ia tidak dapat dielakkan, “katanya.

Menurut Rizal, penaja Perak FC iaitu Kaki Jersi (KJ) mengeluarkan  dua set jersi iaitu untuk perlawanan di gelanggang lawan yang berwarna putih dan di tempat sendiri berwarna kuning..

Beliau berkata, jersi warna putih mempunyai tulisan ‘Royal Belum’ manakala kuning bertulis ‘Lenggong Valley’ di hadapan masing-masing.

Rizal berkata, harga sehelai jersi ialah antara RM99 hingga RM105 untuk dewasa manakala kanak-kanak RM39.

Katanya, tempahan jersi boleh dibuat melalui laman web http: //perakfc.com.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya