Penyokong Liga M lepas rindu 1 April - Utusan Malaysia

Penyokong Liga M lepas rindu 1 April

HANYA penonton yang telah lengkap divaksinasi dibenarkan masuk selain wajib memakai pelitup muka sepanjang perlawanan serta tiada aktiviti makan minum ketika berada dalam stadium.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas lebih setahun tidak menjejak kaki ke stadium, kerinduan peminat bola sepak tempatan bakal terubat apabila kerajaan mengumumkan kebenaran kemasukan penonton bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula 1 April ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, cadangan untuk membenarkan penonton menyaksikan acara sukan didengar dan bola sepak akan menjadi tempat ujian pertama untuk menguji keberkesanan protokol pengurusan kemasukan penonton.

Tambah beliau, kemasukan penonton hanya dibenarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

ISMAIL SABRI YAAKOB

“Setelah mendengar pembentangan, dan mencapai kata sepakat dengan Kementerian Kesihatan dan ahli jawatankuasa mesyuarat kami telah bersetuju dengan perkara berikut.

“Di kawasan PKPB kemasukan 10 peratus penonton atau 2,000, orang mana-mana lebih rendah dengan kurang pengawasan manakala 25 peratus kapasiti atau 8,000 dengan kawalan penyeliaan sepanjang masa walau bagaimanapun semua penganjuran kejohanan dengan kehadiran penonton adalah tertakluk kepada kebenaran KBS.

“Semua acara dengan kemasukan penonton tertakluk kepada peruntukan Kementerian Belia dan Sukan dan akan dimulakan pada 1 April 2021 dengan dua perlawanan Liga M percubaan untuk dinilai keberkesanan protokol pengurusan kemasukan penonton.

“KBS, MKN dan Kementerian Kesihatan akan memantau dan menilai protokol yang dilaksanakan dari segi keluar dan masuk ke stadium sebelum dan selepas berakhir perlawanan,” katanya dalam sidang media Menteri Kanan, semalam.

Tambah Ismail, perhatian utama akan diberikan kepada prosedur masuk dan keluar ke stadium serta penjarakkan sosial antara penonton.

Semua penjualan tiket akan dilakukan secara dalam talian dengan prosedur operasi standard (SOP), mengenai pas bermusim ia akan diumumkan oleh KBS dalam masa terdekat.

 

“Diingatkan juga bahawa penonton harus menjaga jarak 1.5 hingga 2 meter ketika duduk di tribun sepanjang masa perlawanan.

“Pergerakan keluar masuk mesti berjadual dan tersusun, banyak lagi SOP lain. Untuk penjelasan SOP lebih teliti boleh rujuk dengan melayari laman web KBS,” ujarnya.

Setakat ini, Sarawak, Kedah (kecuali Langkawi), Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor disenaraikan di bawah PKPB.

Kawasan PKPP merangkumi Perlis, Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah (kecuali Nabawan), Putrajaya dan Kedah.

Berdasarkan pengumuman Selasa lalu oleh MKN, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan akan bertukar dari PKPB menjadi PKPP mulai hari ini hingga 31 Mac.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya