Pengadil minta maaf kepada Portugal - Utusan Malaysia

Pengadil minta maaf kepada Portugal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengadil Belanda, Danny Makkelie memohon maaf kepada skuad bola sepak Portugal kerana menafikan gol Cristiano Ronaldo dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022, Ahad lalu.

Terikat 2-2 dengan Serbia setelah mendahului 2-0, Portugal seperti berjaya meraih kemenangan di waktu kecederaan selepas rembatan Ronaldo menewaskan penjaga gol Serbia dan melepasi garisan gol.

Makkelie yang menjadi pengadil antarabangsa sejak 2008 bagaimanapun memutuskan pertahanan Serbia, Stefan Mitrovic berjaya mengeluarkan bola.

Keputusan itu dibuat tanpa dapat merujuk kepada video bantuan pengadil (VAR) atau teknologi garisan gol yang tidak disediakan dalam aksi kelayakan Piala Dunia.

“Berdasarkan polisi FIFA, apa yang boleh saya katakan adalah permohonan maaf kepada jurulatih skuad kebangsaan, Mr. Fernando Santos dan pasukan Portugal atas apa yang berlaku.

“Sebagai pasukan pengadil, kami sentiasa bekerja keras untuk membuat keputusan yang terbaik. Bila menjadi tumpuan atas perkara begini, ia membuatkan kami langsung tidak gembira,” katanya kepada media Portugal, A Bola.

JARINGAN Cristiano Ronaldo yang tidak dibenarkan.

Bagaimanapun, tindakan Ronaldo mencampak lilitan kapten dan meninggalkan padang kerana berang menerima kecaman pelbagai pihak.

Malah, penyerang Juventus itu juga mungkin berdepan hukuman daripada badan bola sepak dunia, FIFA kerana tindakannya memarahi pasukan pengadil.

Akhbar Corriere dello Sport melaporkan bintang Juventus itu mungkin berdepan hukuman FIFA jika badan induk itu melihat tindakan tersebut sebagai ‘menyinggung atau satu bentuk keganasan’.

Artikel 11 dalam Kod Disiplin menjelaskan mengenai ‘tindakan menyinggung atau menyalahi prinsip ‘fair play’.

Ia menjelaskan ‘persatuan atau pasukan, termasuklah pemain, pegawai atau mana-mana ahli yang bertugas mesti mematuhi Undang Undang Bola Sepak, Statut FIFA dan peraturan, arahan, garis panduan, notis dan keputusan FIFA, serta mematuhi prinsip fair play, kesetiaan dan integriti.’

TINDAKAN Cristiano Ronaldo mencampak lilitan kapten mungkin mengundang padah.

Bagaimanapun, belum dipastikan sama ada Ronaldo melanggar undang undang Artikel 11.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya