Pencapaian City menakjubkan - Utusan Malaysia

Pencapaian City menakjubkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Pengendali Manchester City, Pep Guardiola berkata, apa yang dilakukan pasukannya musim ini ‘menakjubkan’ selepas mereka melangkah ke separuh akhir Piala FA dengan menyingkirkan Everton 2-0 pagi tadi.

Selain mara ke separuh akhir Piala FA, City juga di ambang untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris, bakal berentap pada suku akhir Liga Juara-Juara dan akan bertemu Tottenham di final Piala Liga, 25 April depan.

Selepas memulakan musim dengan perlahan, kemenangan liga ke atas Tottenham pada 21 November lalu menjadi titik kebangkitan skuad The Citizens, termasuk mengharungi 28 perlawanan tanpa kalah dan 21 kemenangan berturut-turut.

PEP GUARDIOLA

“Kami perlu menyesuaikan diri kerana setiap perlawanan berbeza. Leicester mungkin hampir sama dengan empat pemain tengah. (Borussia) Dortmund dan Leeds (United) agak berbeza.

“Semua pengurus tahu apa yang mereka perlu lakukan.

“Apabila anda memenangi banyak perlawanan seperti kami dalam empat bulan terakhir, itu disebabkan anda boleh menyesuaikan diri. Itulah yang paling menggembirakan saya.

“Ia bukan sekadar taktik, malah mentaliti untuk bersedia dalam setiap perlawanan. Apa yang kami lakukan adalah lebih daripada hebat, ia menakjubkan…antara pencapaian terhebat kami setakat ini.

“Apa pun, kami belum memenangi apa-apa jadi semua kena kekal fokus dan pergi sejauh mungkin dalam setiap pertandingan,” katanya.

KEVIN de Bruyne (kanan) meraikan jaringannya bersama Riyad Mahrez.

Dalam aksi di Goodison Park hari ini, City memerlukan jaringan lewat minit Ilkay Gundogan pada minit ke-84 dan Kevin de Bruyne, minit terakhir untuk menumpaskan Everton.

Ketika perlawanan kelihatan akan berakhir 0-0 ketika saingan berbaki enam minit, Guardiola membawa masuk De Bruyne.

“Di hujung permainan, kami memutuskan untuk membawa masuk Riyad (Mahrez) dan Kevin. Mereka menukar rentak permainan,” kata Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya