Peluang 'ubi' muda rasai trofi La Liga - Utusan Malaysia

Peluang ‘ubi’ muda rasai trofi La Liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tidak perlu terbang ke Eropah, sebaliknya peluang pemain muda negara untuk ‘menyentuh’ trofi berprestij Sepanyol bakal dirasai menerusi Kejohanan Remaja La Liga 2021 pada Jun ini.

Kejohanan tersebut yang dibawakan oleh Sambill Park bakal membuka penyertaan kepada pasukan mahupun akademi menerusi kategori pemain bawah 8 tahun (B-8), B-10, B-12, B-14 dan B-16 dengan format perlawanan peringkat kumpulan serta kalah mati.

Setiap mereka bakal menerima sijil penyertaan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) termasuk kejohanan bola sepak divisyen pertama Sepanyol, La Liga.

Selain berpeluang untuk bergambar dengan trofi berprestij itu, setiap pasukan juga berpeluang merebut kejuaraan bagi edisi sulung tersebut.

“Dalam La Liga, matlamat kami adalah ingin mempromosikan bola sepak kepada seluruh dunia dan membawa La Liga dekat kepada peminat tempatan.

“Kami gembira untuk membawakan kejohanan sulung ini di Malaysia selepas pandemik Covid-19 memberi kesan terhadap bola sepak secara menyeluruh.

“Selain itu, kejohanan ini dapat membuka peluang untuk kanak-kanak menikmati perlawanan indah sebegini,” kata wakil La Liga dari Sepanyol, Giorgio Pompili Rossi.

Beliau berkata demikian dalam pelancaran kejohanan itu yang turut dihadiri Pengarah Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia, Zainal Abas di Sunway Velocity Mall, semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya