P. Pinang mula langkah kanan - Utusan Malaysia

P. Pinang mula langkah kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Jaringan David William Tolley seawal minit ke-12 memastika Pulau Pinang FC membuka kempen Liga Super dengan kemenangan 1-0 ke atas Kuala Lumpur City di Stadium Bandaraya sebentar tadi.

Percubaan bertali arus pelawat untuk menyamakan kedudukan tidak berhasil apabila penjaga gol Pulau Pinang, Samuel Jacob Somerville cemerlang mempertahankan gawangnya.

Pemain tengah tuan rumah, Endrick Dos Santos Parafita cuba menggandakan  jaringan pada masa kecederaan babak pertama, namun kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat permainan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut meluangkan masa menyaksikan perlawanan pembukaan itu sekali gus memantau konsep gelembung sukan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di stadium berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya