Mental Zii Jia pernah 'koyak' - Utusan Malaysia

Mental Zii Jia pernah ‘koyak’

LEE CHEE HIN (kanan) dan Leow Siet Peng menunjukkan gambar Lee Zii Jia semasa kecil di rumahnya di Darul Aman Heights, Jitra, semalam. – UTUSAN/MOHD. RAFIE AZIMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Ibu mana yang tidak gelisah apabila melihat anaknya tiba-tiba berubah sikap dan mula memencilkan diri.

Semuanya bermula selepas juara All England, Lee Zii Jia mengharungi kempen tidak menentu sebaik kalendar badminton membuka tirai di Bangkok awal tahun ini.

Ibu Zii Jia, Leow Siet Peng, 53 mendedahkan, anaknya itu sebenarnya berdepan tekanan cukup hebat sebelum ini apabila aksinya mula dipertikaikan terutamanya di media sosial.

Tambahnya, kehilangan lima rakan seperjuangan seperti Soon Huat, Shevon Lai, Lai Pei Jing, Soniia Cheah dan Vivian Hoo yang disingkirkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut mengganggu mental dan jiwa Zii Jia.

“Dia merasa tertekan dengan apa yang berlaku apatah lagi setelah melihat lima pemain senior disingkirkan BAM pada Februari lalu.

“Baginya, dia juga bersalah kerana prestasinya pada masa itu juga terumbang-ambing. Sejak itu, dia mula ‘mengurungkan’ dirinya dan tidak banyak menghubungi orang lain.

“Dengan kami pun, tiada panggilan video dibuat dan segala komunikasi hanya menerusi mesej,” katanya yang juga bekas atlet bola keranjang kebangsaan dan pernah beraksi dalam Sukan Sea 1993 di Singapura.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di rumahnya di Darul Aman Heights, Jitra di sini, semalam.

Siet Peng berkata, keadaan itu membuatkan mereka sekeluarga risau dengan keadaan pemain perseorangan utama negara itu untuk mengharungi cabaran di All England, apatah lagi dalam keadaannya yang masih belum menerima suntikan vaksin Covid-19.

“Kini semuanya terasa berbaloi. Selepas menerima piala dan pingat semalam, dia sempat membuat panggilan video kepada kami untuk berkongsi momen-momen indah tersebut.

“Dia minta kami tatap puas-puas piala dimenanginya itu kerana piala tersebut tidak boleh dibawa pulang dan perlu disimpan di England.

“Cuma namanya saja akan diukir di situ sebagai pemenang dan kami sangat gembira dengan pencapaian tersebut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya