Melaka United tebus kembali 3 mata - Utusan Malaysia

Melaka United tebus kembali 3 mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pemain import dari Brazil, Alex Gocalves muncul wira buat Melaka United MU menamatkan badi seri dalam empat perlawanan apabila meledak dua sepakan penalti memastikan kemenangan pertama diraih menewaskan Kuala Lumpur City 2-1 di Stadium Hang Jebat di sini, sebentar tadi.

Kemenangan itu juga menebus tiga mata yang dipotong oleh First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selepas Persatuan Bola Sepak Melaka (Musa) lewat menjelaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai bagi bagi Februari.

Dua sepakan penalti oleh Gocalves pada minit ke-50 dan minit-81 sudah cukup melegakan jurulatih, Zainal Abidin Hassan yang sebelum ini resah apabila tuan rumah buntu mencari kemenangan.

Gol saguhati Kuala Lumpur City dijaringkan oleh pemain gantian, Abdul Azim Rahim pada minit ke-89.

Seawal minit ke-13, tuan rumah nyaris meledakkan jaringan awal, namun sepakan kencang bintang import dari Haiti, Sony Norde sekadar melewati palang gol.

Seminit selepas itu, giliran pelawat pula berpeluang memecah kebuntuan jaringan gol, namun rembatan kencang Muhammad Hadin Azman tepat ke dakapan penjaga gol Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat.

Melaka United yang mencatat keputusan seri dalam empat perlawanan sebelum ini terus hampa lagi pada minit ke-28 apabila sepakan kencang Norde terkena pertahanan Kuala Lumpur City dan bola melantun keluar.

Pada minit ke-31, giliran pelawat pula mencemaskan benteng pertahanan Melaka United apabila Dominique Da Silva melepaskan sepakan kencang, namun Khairul Fahmi tangkas menepis keluar.

Seminit selepas itu Khairul Fahmi diuji lagi, tetapi bekas penjaga gol kebangsaan itu tangkas mendakap kemas sepakan kencang Muhamnad Hadin.

Gol yang dicari hadir pada minit ke-50 apabila pemain import dari Brazil, Gocalves mudah menyempurnakan sepakan penalti menewaskan penjaga gol pelawat, Kevin Ray Mendoza.

Pengadil, Mohd. Shahrizan Mohamad Solihin tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti selepas pemain pertahanan Kuala Lumpur City menjatuhkan Gocalves di dalam kotak penalti.

Melaka United menambah gol kedua juga menerusi sepakan penalti pada minit ke-81 yang dilakukan sekali lagi oleh Gocalves.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya