Melaka United kempunan lagi - Utusan Malaysia

Melaka United kempunan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kegagalan penyerang import Melaka United membolosi gawang Sri Pahang FC pada babak akhir perlawanan meletakkan kedua-dua pasukan sekadar seri tanpa jaringan.

Rembatan kencang Sony Norde pada minit ke-92 yang terkena palang gol telah mengagalkan misi tuan rumah untuk memenangi perlawanan selepas sekadar seri 1-1 pada dua perlawanan sebelum ini.

Stadium Hang Jebat di sini menyaksikan serangan bertali arus oleh anak buah jurulatih, Zainal Abidin Hassan, namun kesemuanya gagal diterjemahkan untuk mengutip tiga mata.

PEMAIN Melaka United, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (kanan) bersaing dengan pertahanan Sri Pahang, Mamadou Wague dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Melaka hari ini. – UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD

Babak pertama menyaksikan, peluang awal hadir pada pada minit ke-25, tetapi disia-siakan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria melalui sepakan longlainya yang tersasar.

Seri Pahang FC juga tidak kurang ‘belangnya’, apabila gawang Melaka United hampir dirobek pelawat pada minit ke-38 menerusi Muhammad Baqiudin Shamsudin yang menerima hantaran cantik dari Muhammad Fazly Mazlan.

Bersambung di babak kedua, kedua-dua pasukan tampak terdesak memburu gol pendahuluan, namun tetap gagal mencipta sebarang jaringan.

Peluang keemasan Melaka United turut hadir pada minit ke-71, hasil rembatan deras S. Kumaahran melalui lorongan Sony Norde yang terkena tiang gol.

Keputusan seri tanpa jaringan kekal sehingga pengadil, Mohd. Nafeez Wahab meniupkan wisel penamat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya