Masanya untuk City muncul juara Eropah - Utusan Malaysia

Masanya untuk City muncul juara Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUDAPEST: Pep Guardiola mahu Manchester City melupakan kegagalan dalam Liga Juara-Juara yang lalu dan memburu kejuaraan Eropah pertama selepas mara ke suku akhir dengan menyingkirkan Borussia Moenchengladbach pagi tadi.

Trofi Liga Juara-Juara masih menghantui Guardiola yang tidak pernah membawa City melepasi peringkat lapan terbaik sepanjang lima tahun membimbing kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Dalam aksi di Puskas Arena, jaringan Kevin De Bruyne dan Ilkay Gundogan membantu skuad The Citizen menang 2-0, sekali gus mara secara agregat 4-0.

“Lupakan apa yang berlaku sebelum ini. Sekarang kami berada di peringkat terbaik Eropah, jadi kami harus kekalkan ‘mood’ dan tunjukkan kualiti sebenar,” kata Guardiola.

Pengendali dari Sepanyol itu juga meletakkan City menghampiri kejuaraan Liga Perdana dengan mengungguli saingan terlalu jauh.

KEVIN de Bruyne (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan.

De Bruyne dan Gundogan yang tidak beraksi ketika City menewaskan Fulham 3-0, Sabtu lalu turun dengan lebih segar.

De Bruyne membuka tirai menerusi rembatan kencang di luar kotak penalti pada minit ke-12.

Enam minit kemudian, Gundogan yang mendapat hantaran Phil Foden tenang menolak bola masuk untuk gol kedua sekali gus jaringan ke-15nya musim ini.

Gladbach kini tewas seemua tujuh perlawanan sejak pengurus Marco Rose mengumumkan akan meninggalkan kelab penghujung musim ini bagi menyertai Borussia Dortmund. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya