Mane, Salah bawa Liverpool ke suku akhir - Utusan Malaysia

Mane, Salah bawa Liverpool ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUDAPEST: Liverpool melupakan prestasi buruk dalam liga domestik apabila melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan menyingkirkan RB Leipzig hari ini.

Jaringan Mohamed Salah dan Sadio Mane membolehkan Reds menang 2-0, sekali gus mara secara agregat 4-0.

Beraksi di Arena Puskas, Budapest nyata membawa tuah buat Liverpool berbanding di Anfield yang menyaksikan mereka kalah enam kali berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Selepas peluang untuk meraih tiket Liga Juara-Juara menerusi slot empat pasukan terbaik Liga Perdana tampak semakin sukar, anak-anak buah Jurgen Klopp amat berharap untuk merangkul kejuaraan Eropah ketujuh.

Juara akan mengesahkan slot ke saingan kelab elit Eropah itu musim depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya