'Macam jual jersi di pasar malam' - Utusan Malaysia

‘Macam jual jersi di pasar malam’

GAMBAR jualan jersi Pahang yang dikongsi pengguna Twitter, Arjuna Hashim tular di media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rata-rata peminat Sri Pahang melahirkan rasa kecewa apabila jersi mereka dijual secara longgok tidak ubah seperti jualan ‘bundle’ atau di pasar malam.

Biarpun musim ini menyaksikan kesemua pasukan berwajah baharu menerusi penswastaan, namun cara penjualan jersi berjenama Stallion itu tidak ubah seperti di takuk lama.

Menerusi gambar yang tersebar di laman sosial hari ini, jersi Tok Gajah dilihat dilonggok di tepi longkang, malah terdapat juga kenderaan memarkir di depan kaunter untuk membelinya.

Difahamkan, penjualan jersi itu dibuat di Stadium Darul Makmur, Kuantan antara pukul 3 hingga 6 semalam.

Bagi pengguna Facebook, Khairul Idzuan, dia menyifatkan pengurusan Sri Pahang tidak profesional berhubung isu tersebut.

“Pengurusan sangat tidak profesional. Sudah tahun 2021 kot, patut ada penambahbaikan.

“Tengok pasukan lain, ada kedai sendiri jual jersi. Ini tidak, selamba sahaja letak jersi kat lantai,” tulisnya.

“Aku malas nak baran sangat hal jersi lawa ke tak, tapi yang ni memang aku baran. Ni last minit punya kerja ke bajet ciput? Kau nak jual jersi original official pasukan Liga Super kut. Bukan nak jual barang makeup timbang kilo,” tulis pengguna Twitter Arjuna Hashim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya