Letih punca United tersingkir - Utusan Malaysia

Letih punca United tersingkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Keletihan akibat beraksi dalam Liga Europa punca Manchester United tewas 1-3 kepada Leicester City dalam suku akhir Piala FA hari ini.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer berkata, pasukannya dipaksa berhempas pulas ketika menumpaskan AC Milan 1-0, Selasa lalu hingga kehabisan tenaga.

Dua jaringan Kelechi Iheanacho dan satu gol menerusi Youri Tielemans memastikan Leicester menempah pertemuan separuh akhir dengan Southampton.

Gol saguhati United pula disempurnakan oleh Mason Greenwood pada babak pertama dalam aksi di Stadium King Power.

“Sudah tentu kami kecewa tersingkir tapi ia mungkin disebabkan beberapa faktor, dengan perlawanan yang kami harungi akhir-akhir ini dan semua kecederaan.

“Saya tidak mahu membuat alasan tetapi mencari penjelasan, dan penjelasannya kami ada beberapa pemain yang baru kembali, mereka tidak banyak berlatih.

“Ada yang agak lama tidak beraksi dan ada pula yang terlalu banyak bermain hingga kehabisan tenaga.

“Kami melepaskan gol mudah, jarang kami membenarkan gol seperti itu. Ia sukar bila berdepan pasukan bagus seperti Leicester,” kata Solskjaer.

United tidak menurunkan Marcus Rashford akibat kecederaan, manakala Edinson Cavani, Bruno Fernandes dan Scott McTominay dibawa masuk sebagai gantian pada minit ke-64.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya