'Kuda tua' tamatkan badi Real Madrid - Utusan Malaysia

‘Kuda tua’ tamatkan badi Real Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Juara 13 kali, Real Madrid menamatkan ‘badi’ Eropah selepas melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun  hari ini.

Gol Karim Benzema, Sergio Ramos dan Marco Asensio membantu Los Blancos menang 3-1 ke atas Atalanta dalam aksi kedua, pusingan 16 akhir, sekali gus mara secara agregat 4-1.

Benzema menghukum kesilapan penjaga gol lawan, Marco Sportiello untuk membuka jaringan tuan rumah pada minit ke-34.

Ramos yang kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan menyempurnakan sepakan penalti untuk menggandakan kedudukan pada minit ke-60.

Luis Muriel mencemaskan Real apabila merapatkan jurang 2-1 tujuh minit sebelum tamat permainan, namun pemain gantian, Marco Asensio mengesahkan kemenangan tuan rumah dengan meledak gol ketiga.

SERGIO Ramos meraikan jaringan Karim Benzema (tengah) ketika menentang Atalanta.

Memiliki barisan ‘kuda tua’ yang masih hebat, Real berharap untuk menamatkan beberapa musim mengecewakan di pentas Eropah.

“Hari ini kami membuktikan Real Madrid masih dahagakan kejayaan.

“Kami mampu mara lebih jauh. Berapa jauh? Tunggu dan lihat tapi kemenangan ini adalah langkah penting,” kata bintang tengah veteran, Luka Modric, 36.

LUKA Modric cuba melepasi pemain Atalanta dalam aksi Liga Juara-Juara hari ini.

Ramos, 35, hanya beraksi kurang sejam dalam penampilan keduanya sejak pulih kecederaan lutut, manakala jaringan Benzema, 34, muncul pemain kelima meledak lebih 70 gol dalam Liga Juara-Juara.

“Saya rasa seperti berusia 27 tahun.

“Tahun tercatat di pasport tidak dikira, ia mengenai apa anda lakukan di atas padang,” kata Modric. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya