Klopp tak kisah dianggap tiada harapan - Utusan Malaysia

Klopp tak kisah dianggap tiada harapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jurgen Klopp tiada masalah dengan pengkritik yang menganggap Liverpool sudah tidak punya harapan, sebaliknya percaya, Reds masih mampu bersaing musim ini.

Kemenangan 2-0 ke atas Sheffield United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Bramall Lane hari ini membantu pasukan itu mengejar kelompok empat teratas iaitu tiket automatik ke Liga Juara-Juara musim depan.

Biarpun prestasi mereka jauh daripada pencapaian terbaik ketika menjuarai Liga Perdana musim 2019-2020, namun Klopp menegaskan Reds masih mampu menutup kempen di kedudukan yang baik.

CURTIS Jones meledak gol pembukaan Liverpool.

“Ini adalah tentang membuktikan kami masih di sini (bersaing). Kami akan menentang Chelsea pada Khamis ini, kami kena tunjukkan sekali lagi.

“Kami kena memenangi perlawanan bola sepak, kami tahu perkara itu. Tidak mungkin dapat layak ke Liga Juara-Juara tanpa keputusan yang baik.

“Ramai orang yang menganggap kami tiada harapan. Tidak mengapa. Dengan semua masalah yang kami hadapi, kami masih berada di tempat menarik,” kata Klopp.

Dalam aksi hari ini, gol pembukàn Liverpool hadir menerusi pemain berusia 20 tahun, Curtis Jones, yang turut mendapat pujian Klopp.

Jaringan kedua pula berpunca daripada rembatan Roberto Firmino yang terkena pemain lawan, Kean Bryan sebelum masuk ke gawang.

Kemenangan pertama selepas empat kekalahan berturut-turut mengekalkan Reds di tangga keenam dengan 43 mata, hanya dua mata di belakang pasukan tangga keempat, West Ham. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya