'Klopp' gagal bawa balik mata - Utusan Malaysia

‘Klopp’ gagal bawa balik mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Turun dengan misi mahu mengejutkan Johor Darul Ta’zim (JDT), Pulau Pinang hampir melakukan kejutan yang diharapkan.

Bagaimanapun pengalaman dan kualiti dimiliki Harimau Selatan membolehkan juara tujuh kali berturut-turut itu melakar kemenangan 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hari ini.

Pulau Pinang yang dibimbing ‘Jurgen Klopp Malaysia’, Tomas Trucha mempamer permainan fizikal dan bertahan hingga menyukarkan benteng mereka dibolosi.

JDT yang masih segar dengan kejayaan menjuarai Piala Sumbangsih minggu lalu terpaksa menunggu hingga minit ke-82 untuk membuka jaringan menerusi sepakan penalti Leandro Sebastian Velazquez.

Ketinggalan 1-0 mendorong Pulau Pinang mengubah rentak permainan dan menyerang lawan dalam usaha menembusi benteng JDT.

Begitupun serangan balas dilakukan Harimau Selatan menghasilkan gol kedua menerusi Fernando Rodriguez Ortega pada minit ke-85.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya