KL Thunder rangkul kejuaraan berganda - Utusan Malaysia

KL Thunder rangkul kejuaraan berganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kuala Lumpur Thunder meraih kejuaraan berganda apabila muncul juara Piala Juara-Juara dengan mengetepikan cabaran Penang Black Panthers, hari ini.

Dalam saingan yang berlangsung di Iskandar Puteri, Johor itu, Kuala Lumpur Thunder yang juga juara Liga Sepak Takraw (STL) sememangnya bukan tandingan skuad dari utara tanah air itu apabila menang mudah 21-8, 21-9.

Perlawanan itu juga menyaksikan tekong skuad ibu kota, Syahir Rosdi selain pengumpan, Amirul Zawan Amir turut membantu perejam mereka, Azlan Alias melakukan rejaman bagi meraih mata buat pasukan.

“Ini merupakan persembahan terbaik kami sepanjang pertandingan berlangsung dan kami berjaya meraih kejuaraan kedua musim ini. Dalam perlawanan ini kami tidak banyak berfikir tetapi hanya beraksi sebaik mungkin.

“Memang saya akui agak takut juga pada mulanya untuk berdepan Penang sebab kami pernah berada dalam pasukan sama sebelum ini tetapi mereka jarang berjumpa saya.

“Sememangnya saya bangga dengan pencapaian ini dan saya mahu mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang sentiasa bersama pasukan ini,” kata Syahir selepas tamat permainan.

Tempat ketiga menjadi milik ATM Guardian yang berjaya menewaskan juara edisi lalu, Johor Tigris dengan keputusan 21-14, 21-10.

Dalam perkembangan sama, Amirul Zazwan turut dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) selain Pengumpan Terbaik kejohanan Piala Juara-Juara dan membolehkannya membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,500.

Sementara itu, Shahalril Aiman Halim dari Penang Black Panthers dianugerahkan Perejam Terbaik dan Hairul Hazizi Hadzir dari ATM Guardians dinobatkan sebagai Tekong Terbaik pertandingan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya