Kemenangan hatrik legakan Sarawak - Utusan Malaysia

Kemenangan hatrik legakan Sarawak

PEMAIN Sarawak United meraikan kejayaan menumpaskan Kuching City kelmarin. 0- IHSAN SARAWAK UNITED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tiga kemenangan berturut-turut buat Sarawak United dalam kancah saingan Liga Perdana 2021 setakat ini cukup melegakan jurulatihnya, E. Elavarasan.

Kemenangan ketiga semalam menewaskan rakan senegeri, Kuching City 2-0 di Stadium Hang Jebat buat jurulatih itu membuktikan jentera serangannya tidak mensia-siakan peluang untuk mencipta jaringan apabila berada di depan pintu gol lawan.

“Saya lega tiga perlawanan awal pasukan saya menang kesemuanya. Jentera serangan tidak mensia-siakan peluang untuk mencipta jaringan dalam tiga perlawanan yang dilalui Sarawak United.

“Sebenarnya pertemuan menentang Kuching City adalah perlawanan paling sukar diharungi pemain setakat ini tetapi jentera serangan bijak mendapat peluang dan meledakkan jaringan,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan di Stadium Hang Jebat semalam.

E. ELAVARASAN

Dua gol jaringan Uche Agba pada minit kesembilan dan Stuart James Wilson Wark pada minit ke-45 membolehkan Sarawak United merampas tampuk kedudukan teratas Liga Perdana 2021 apabila mengumpul sembilan mata.

Kemenangan tersebut turut melebarkan rekod tanpa kalah pasukan itu yang dalam dua perlawanan sebelum ini menewaskan Kelantan United 2-0 dan Perak FC II 3-0.

Justeru Elavarasan tidak mahu pemain terlalu alpa dengan rekod cemerlang setakat ini kerana
laluan getir pasukan itu cukup mencabar apa lagi mereka terpaksa bermain di tempat lawan sepenjang aksi liga ini berlangsung.

Biarpun begitu jurulatih itu lega kesebelasan utamanya mampu mempamerkan aksi berbeza setiap pasukan yang ditemui setakat ini.

“Kita masih banyak perlawanan perlu diharungi apa yang saya harapkan agar pemain mesti konsisten dalam beberapa perlawanan yang akan dilalui selepas ini,” ujarnya.

Mengenai perlawanan menentang Terengganu FC II Sabtu ini, beliau berkata, kesebelasan yang sama menentang Kuching City akan diturunkan beraksi dan mengharapkan pasukannya mampu mengekalkan rentak kemenangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya