Kecederaan Safawi bukan ACL - Utusan Malaysia

Kecederaan Safawi bukan ACL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik Johor Darul Ta,zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta penyokong bola sepak negara tidak terlalu risau dengan kecederaan yang dialami Safawi Rasid ketika skuad Harimau Selatan membelasah UiTM 4-0 dalam aksi Liga Super di Stadium UiTM, Shah Alam, malam tadi.

Jelas beliau, mendedahkan kecederaan yang dialami Safawi hingga dikeluarkan seawal minit kelapan yang menyaksikan bintang Harimau Malaya itu menitis air mata menahan kesakitan bukanlah kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).

Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut memberi jaminan pemain sayap yang berguru di Portugal itu sebelum ini akan kembali beraksi bersama pasukan dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi.

“Jangan risau, Alhamdullilah bukan ACL. Kita hanya bermain di ACL (Liga Juara-Juara Asia), itu sahaja.

“Terima kasih, dua atau tiga minggu lagi…Insya-Allah ok,” balas ringkas daripada Tunku Ismail dalam media sosial.

Dalam perlawanan yang dikuasai skuad Harimau Selatan di Stadium UiTM, Safawi mendapat kecederaan ketika cuba melepasi pemain tengah tuan rumah, Mohamad Syafiq Al-Hafiz Dawawi pada minit kelapan.

Kecederaan tersebut membuatkan pemain terbaik negara ketika ini tidak dapat meneruskan permainannya.

Kemenangan itu menyaksikan JDT terus mengukuhkan kedudukan di persada Liga Super dengan mengutip sembilan mata dalam tiga perlawanan dan memberi isyarat awal mereka mahu mempertahankan kejuaraan bukan kali kelapan berturut-turut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya